Thursday, November 27, 2014

T'GANUUUU KITEEE BOHHHH

cuti sekolah kembali.yeayyy student syiokkk cikgu pun happy. tahun ni cuti sekolah,jalang jalang treganu boh.its was great and awesome trip 4day3nite yg sgt best!! 
ok 21hb frm kuching fly bck KL
from kl ke tganu
trip kami 4 orang , perjalanan bermula dari PUTRA central iaitu naik bus dari Putrjaya, perjalanan lebih kurang 6 jam dan tiba d Paka, kami smpai ja lebih kurang jam 430pm waktu asar. lepas selesai solat apa lagi.zazzzzzzz p pantai paka teruih

ondaway ke Kualee Teggnu, singgah sat kat Pantai uitm Dungun


dungun waterf ront kat tempat nelayan bawa balik ikang

 nice view pantai apa ntah hahahah byk sgt pantai cantik cantik kat Ganu nih

 jom tengok penyu telur, ni muzium penyu area Rantau Abang


 save our Turtle!!

 yeayyyy dpt tengok penyu

 dah sampai Kuala ganu apa lagi tempat wajib p ialah PAsar payaNg
Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

 Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.




 Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu. sakan jugak kami shopping kat PAsar Payang tu.kain pasang, sampin, key chain, baju kelawaq, seluaq ali baba, tshirt dan mcm mcm buat buah tangan bawa balik kat fmly and student.lepas penat dok shopping kami p Masjid Kristal iaitu tempat had wajib p kalau mai Ganuu



 lepas p lawat Masjid Kristal kami p masuk Taman Tamadun Islam
Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.








Terengganu memang terkenal dengan pantainya yang cantik dan menarik. Memang rugi kalau tak jalan-jalan tepi pantai apabila sampai di Terengganu. Ia merupakan destinasi pelancongan yang harus anda kunjungi apabila bercuti di Terengganu. Memang banyak pantai yang terdapat di Terengganu.
Antaranya ialah seperti Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar, Pantai Rhu Sepuluh, Pantai Merang, Pantai Penarik, Pantai Batu Buruk, Pantai Chendering, Pantai Rantau Abang, Pantai Tajung Jara, Pantai Kemasik, Pantai Kijal, Pantai Kelulut, Pantai Teluk Bidara dan Pantai Paka.














penyu 


masjid terapung


kesimpulannya, TERENgganu BEST!!!
insyaallah ada masa nnti kami jalang ganu lagi
...........................................
assalamualaikum



KEDAH STEM FAIR 2023