Thursday, December 15, 2016

Pendakian Gunung Baling Kedah

Baling?hah daerah paling bahagia di Malaysia. heeh bukan nak cerita pasai bahagia ka dak.ni nk habaq mai akhirnya tercapai jugak hajat nk mendaki Gunung Baling.lately Gunung Baling ni popular sebab view yg sangat cantik.so org je cko view menarik cantik nice segak semua la so 15 dec kita try pnjat sendiri tengok. 

 Baling semua pekan kecil yang boleh di katakan complete juga la kemudahan asas yang ada. haha sebenaqnya org baling sendiri ni baru nk naik Gunung Baling ni sblm ni dok tgk dok bawah rumah ja org dok naik.yeap belakng rumah je Gunung Baling. yeap pembaca semua sy dilahirkan di Baling Kedah ni laa. dan di besarkan jugak di sini Sekolah semua sini.

 ni permandangan Gunung Baling view dr Masjid ridzuaniah Baling. tu jam besaq mercu tanda Baling

beg ni ja bawak naik.bw air mineral sebotol air 100plus sebotol choclate bar tu ja
pic by ipong sja
 macamana boleh nak naik? yeap memang hajat cuti sekolah nk aktiviti mendaki ni.Kebetulan bekas student ttba update fb dia ada kat baling tgh cuti. so cikgu dia apa lgi try la contact student tu. pastu dia kata dia pun lama xnaik.jom cikgu!!! yes oklaa ada geng nak naik. Nazmi nm student tu dia dh byk kali naik sbb dia ni aktif dgn Pengakap ni. so kami deal lepas subuh kami jumpa. dia mai rumah lepas subuh, xda pa pun persediaan . lepas breakfast kami pun p kat kaki. sat ja nkp. 2minit ja smpai 

 ni ats motor snap pic blur skit. hehe ada sign board tepi so kalau sapa nk naik , tak sesat nkp ke kaki gunung tu. so dgn lafaz bismillah kami mula pendakian jam 7pagi cmtuh. yeap kami naik 2 org ja pagi.Hari kami naik ada ramai lg grup grup lain naik.fmly grup pun ada, student, dan husband wife
jom jejaki dan selamat mendaki!

 view pagi ni selepas 500m  pertama. untuk track yg mula mula memang pacak abih. haha kira cungap jugak la kalau lama lama skli nak naik gunung ni.tp xpa slow slowly move. 
 selepas kawasan bukit tanah merah baru jumpa kawasan yg berbatu. sila nikmati keindahan alam yang ada. tengok kiri kanan sbb tak dak kat tempat lain.cantik batu kapur Gunung Baling.

 ok next mula pendakian diteruskan , kawasan memang dah mula menaik pacak abih la. kena hati hati sbb track mcm licin jugak la. 
 kawasan ni berakar berbatu ada pokok pokok so apa apa pun safety 1st


 ni kira dah half way memang org kata kena meragaih jugak la. hee batu batu tajam so kena hati hati ya.
 ni menarik.kena masuk celah batu ni nk lintas.merangkak laa bawah ni nk cross


 ni la my student nazmi dia tgh cuti study kat kolej kesihatan KL.CGPA meletop 3.9 setiap sem tu.hehe hebat! kpidap

 lampu ni ada sepnjng ( adala 10 kot smpai ke puncak )pendakian kira macam  chck point la dan guide utk pendakian sebelah malam. ada led lamp(solar) berkelip kelip ni

 kira nak sampai ke puncak kawasan mostly berbatu batu. ada jugak yang kena guna tali nak pnjat

alhamdulillah after sejam setengah kami smpai.kalau yg kaki kaki daki ni rasnaya x smpai kot. kami stop 3 4 kali jugak la.


 840 pagi kami berjaya smpai ke puncak Gunung Baling ni.had belakang tu Gunung Pulai

 perh mcm tak percaya dah sampai haha. so lepas ni kwn kwn ka had mana tanya pasal Gunung Baling , kita dah boleh crita pengalaman.Kat student pun boleh la cerita buka sekolah nanti kan.


 nice view cuaca memang baik. sepnajng naik tu. kalau hari hujan memang tak digalakkan langsung nk naik. bahaya track licin.so jom nikmatilah gambar gambar keindahan dari puncak Gunung Baling


 i was here! 










 hah! ni best zooooom in tgk rumah sendiri kat bawah tu.tu sungai depan depan rumah sy. lepas 33 tahun ni baru kali pertama naik Gunung belakang rumah ni.



 ketinggian dari aras laut 546 m ketinggian

 TQ nazmi for accompny

 lepas lepak lepak sejam lebih kat atas tgk view. rasa angin rehat sat. mkn choclate sat minum baru kami turun.memang rekomended laa kat siapa siapa yg belum naik.sila la naik. u can do it! 



 byk juga spesis flora dan fauna yg cantik cantik kat ats gunung

 khazanah alam ni. batu batu yg sgt cantik ada kat Gunung Baling 

selepas puas menikmati keindahan ats puncak, jam 10 pgi kami dah mula turun. turun agak cepat skit sebab xperlu nk mendaki dah.kena hati hati jugak sebab licin. batu batu tajam kena alert takut tersalah pegang atau tersepak batu .all the way turun kami ok je. berjalan dgn lancar. 


 ni singgah sekejap. ada air mata yg turun dr celah celah batu tu
selepas sejam lebih kami selamat smpai di kaki gunung tapak mula mula naik td. turun lebih cepat berbanding mendaki. best! pengalaman menarik. keindahan semulajadi. bangga Baling ada tempat menarik mcm ni. kepada pendaki pendaki satu je nk pesan.Cintailah Gunung kita. sampah pleasee la buang ditempat yg sepatutnya ya. sama sama menjaga kebersihan gunung kita.


alhamdulilah safely landed. tq so much nazmi for accompany. kwan kawan yg lain kalau nak mendaki habaq la. boleh je stay umah i sblm nkp naik, tapi masa cuti sekolah la naaa baru cikgu cuti tu pun kalau balik mai Baling.insyallah jumpa lagi 
ada 2 minggu lagi cuti sekolah
nak p mana lagi ni sbelum balik ke sarawak
"CLIMB MOUNTAINS NOT SO THE WORLD CAN SEE YOU,
BUT SO YOU CAN SEE THE WORLD"
......................................................................................................................................


1 comment:

EH - Ekslamasi Holistik said...

Naik gunung berat badan boleh berkurangan. Berapa kurang berat badan KC ek?

KEDAH STEM FAIR 2023